PUSAT SAINS NEGARA, BUKIT KIARA
Pada 29 September 2013 (Ahad)
yang lalu, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara.
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8:00 pagi dan tiba di Pusat Sains Negara
pada pukul 9:30 pagi. Rombongan lawatan ini diikuti seramai 84 orang murid dan
8 orang guru pengiring.
Tempat
pertama yang menjadi lawatan kami adalah ke bahagian 1001 Inventions
Kegemilangan Tamadun Muslim (Discover The Golden Age Of Muslim Civilisation) di
tingkat dua. Kami dihidangkan dengan tayangan yang hebat mengenai tokoh-tokoh
muslim abad ke 1400 dahulu. Selepas itu kami ke tapak pameran yang membuka peluang
kepada murid-murid mengenali pengkhususan bidang tokoh-tokoh muslim ini.
Contohnya, Ibn al-Haytham (Bidang kamera perfileman), Fatima al-Fihri (
pembangunan sekolah dan masjid), Al-Zahrawi (bidang perubatan), Sinan (bidang
arkitek), Abbas ibn Firnas (Bidang penerbangan) Merriam al-Ijliya (Bidang
astronomi) dan Ibn Battuta ( bidang pengembaraan).
1001 INVENTIONS
KEGEMILANGAN TAMADUN MUSLIM
REPLIKA IBN FIRNAS
HARITH KAMIL CUBA TERBANG
GURU BERSAMA REPLIKA 'ELEPHANT CLOCK' CIPTAAN AL-JAZARI
'EXPLANOR' MEMBERI PENERANGAN KEPADA MURID SEPANJANG LAWATAN
TOKOH-TOKOH ILMUWAN ISLAM
ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN
KAJIAN ASTRONOMI
AKTIVITI MEWARNA
UJI MINDA
MENEROKA ALAM ANGKASA
Kemudiannya kami ke bahagian
pameran sains “Laluan ke Alam Sains”. Kami melihat berbagai-bagai objek sains
yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji benih,
alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang
mencuba sendiri dengan objek yang dipamerkan.
Pada pukul 12:00 tengahari
kami melihat persembahan sains yang dipersembahkan oleh sukarelawan Pusat Sains
Negara. Pelbagai persembahan yang menarik minat murid, antaranya ialah
penghasilan api dari gas butane serta buih sabun dan beberapa persembahan lain
sehingga jam 12:30 tengahari.
SCIENCE SHOWS (12:OO - 3:00 PETANG)
Lebih menarik lagi, di satu
sudut ‘ Bumi Dari Udara’ mempamerkan pandangan Bumi yang dilihatdari angkasa
lepas dan ianya dibina seolah-olah Bumi
sedang berputar.
Pada bahagian pameran yang
dinamakan ‘Bioteknologi dalm industry makanan’. Di sini ditunjukkan rajah
berkenaan penghibridan, kesihatan dan faedah nutridi dan bahan tambahan serta
bantuan pemprosesan. Di sini dinyatakan kesan bioteknologi kepada industry makanan
dalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh bahan makanan yang dipamerkan
seperti jagung, minyak canola, cuka putih, perasa, keju, garam, gula, emulsifier
dan bicarbonate of soda.
Seterusnya, bagi menguji
kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan ‘Tiub Kelikatan’. Seperti
dalam arahan, tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara.
Bagi membezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di dalam tiub tersebut,
pemerhatian dibuat berdasarkan kelajuan bendalir bergerak. Dinyatakan juga
semakin besar rintangan bermakna semakin likat bendalir tersebut.
Selain itu,
kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan ‘Arus Udara’, apabila butang
ditekan udara akan keluar melalui corong dan bola akan terapung. Apabila
kelajuan dinaikkan bola akan terapung semakin tinggi.
‘Kids
Dicovery Place’ adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami
tertarik dan teruja akan tempat ini. Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan
perabot disesuaikan dengan saiz kanak-kanak. Situasi di sini menarik minat kanak-kanak
meneroka dan bermain dengan peralatan yang disediakan. Setiap meja dan sudut
disediakan dengan set permainan atau aktiviti sains dan matematik. Kami lihat
kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara yang
dilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di
cakerawala manakala salah satu dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap
sudut dan ruang dipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang bertemakan
teknologi, planet dan angkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan
menarik.
KIDZ WORLD
Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat
KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke
bawah dinamakan ‘Peneroka Comel’ (Little Explorers). Permainan pelbagai bentuk
seperti cendawan, ulat bulu, hidupan laut dan sebagainya mengujakan bagi
kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan bergerak. Bagi
kanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di ‘Foam Factory’ di mana mereka
menembak bola supaya mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga
diadakan di bahagian ini.
Setelah puas meneroka ke alam sains,
kami berehat dengan menunaikan solat Zohor pada pukul 1.30, kemudian diikuti
dengan makan tengahari . Selepas itu, kami bergerak ke Garden of
Nature (Taman Rama-rama) yang terletak dibawah Pusat Sains Negara, pelbagai
spesies rama-rama yang terdapat di sana. Sungguh cantik dan menarik. Pada pukul
2:30 petang murid-murid dibenarkan mandi di Science Wonderland. Terdapat kolam
mandi yang besar dan taman rekreasi untuk mereka beriadah. Murid-murid sangat
seronok mandi-manda.
THE GARDEN OF NATURE
SCIENCE WONDERLAND
Memandangkan waktu lawatan hampir tamat, kami pun bersurai
sekitar 3:30 petang. Pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi kami kerana
banyak bahan yang didapati yang boleh diimplementasikan dalam P&P seharian.
Terima Kasih Pusat Sains Negara di atas kesudian menerima kedatangan kami.
5 comments:
It is a good
Very nice..it is a good����
ㅗㅕㅁ 초두ㅛㅕㅑㄴ내ㅗ뭉내ㅡㄷ
鸡你太美
Post a Comment