29 September 2013

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA




PUSAT SAINS NEGARA, BUKIT KIARA



Pada 29 September 2013 (Ahad) yang lalu, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8:00 pagi dan tiba di Pusat Sains Negara pada pukul 9:30 pagi. Rombongan lawatan ini diikuti seramai 84 orang murid dan 8 orang guru pengiring.

Tempat pertama yang menjadi lawatan kami adalah ke bahagian 1001 Inventions Kegemilangan Tamadun Muslim (Discover The Golden Age Of Muslim Civilisation) di tingkat dua. Kami dihidangkan dengan tayangan yang hebat mengenai tokoh-tokoh muslim abad ke 1400 dahulu. Selepas itu kami ke tapak pameran yang membuka peluang kepada murid-murid mengenali pengkhususan bidang tokoh-tokoh muslim ini. Contohnya, Ibn al-Haytham (Bidang kamera perfileman), Fatima al-Fihri ( pembangunan sekolah dan masjid), Al-Zahrawi (bidang perubatan), Sinan (bidang arkitek), Abbas ibn Firnas (Bidang penerbangan) Merriam al-Ijliya (Bidang astronomi) dan Ibn Battuta ( bidang pengembaraan).



1001 INVENTIONS
KEGEMILANGAN TAMADUN MUSLIM


REPLIKA IBN FIRNAS 


HARITH KAMIL CUBA TERBANG


GURU BERSAMA REPLIKA 'ELEPHANT CLOCK' CIPTAAN AL-JAZARI


'EXPLANOR' MEMBERI PENERANGAN KEPADA MURID SEPANJANG LAWATAN

TOKOH-TOKOH ILMUWAN ISLAM







ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN




KAJIAN ASTRONOMI 


AKTIVITI MEWARNA


UJI MINDA


MENEROKA ALAM ANGKASA








Kemudiannya kami ke bahagian pameran sains “Laluan ke Alam Sains”. Kami melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang mencuba sendiri dengan objek yang dipamerkan.

Pada pukul 12:00 tengahari kami melihat persembahan sains yang dipersembahkan oleh sukarelawan Pusat Sains Negara. Pelbagai persembahan yang menarik minat murid, antaranya ialah penghasilan api dari gas butane serta buih sabun dan beberapa persembahan lain sehingga jam 12:30 tengahari.


SCIENCE SHOWS (12:OO - 3:00 PETANG)

Lebih menarik lagi, di satu sudut ‘ Bumi Dari Udara’ mempamerkan pandangan Bumi yang dilihatdari angkasa lepas dan ianya dibina seolah-olah Bumi
sedang berputar.

Pada bahagian pameran yang dinamakan ‘Bioteknologi dalm industry makanan’. Di sini ditunjukkan rajah berkenaan penghibridan, kesihatan dan faedah nutridi dan bahan tambahan serta bantuan pemprosesan. Di sini dinyatakan kesan bioteknologi kepada industry makanan dalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh bahan makanan yang dipamerkan seperti jagung, minyak canola, cuka putih, perasa, keju, garam, gula, emulsifier dan bicarbonate of soda.

Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan ‘Tiub Kelikatan’. Seperti dalam arahan, tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagi membezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di dalam tiub tersebut, pemerhatian dibuat berdasarkan kelajuan bendalir bergerak. Dinyatakan juga semakin besar rintangan bermakna semakin likat bendalir tersebut.

Selain itu, kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan ‘Arus Udara’, apabila butang ditekan udara akan keluar melalui corong dan bola akan terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akan terapung semakin tinggi.

‘Kids Dicovery Place’ adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami tertarik dan teruja akan tempat ini. Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan saiz kanak-kanak. Situasi di sini menarik minat kanak-kanak meneroka dan bermain dengan peralatan yang disediakan. Setiap meja dan sudut disediakan dengan set permainan atau aktiviti sains dan matematik. Kami lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di cakerawala manakala salah satu dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruang dipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang bertemakan teknologi, planet dan angkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan menarik.

KIDZ WORLD

Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dinamakan ‘Peneroka Comel’ (Little Explorers). Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan, ulat bulu, hidupan laut dan sebagainya mengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan bergerak. Bagi kanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di ‘Foam Factory’ di mana mereka menembak bola supaya mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan di bahagian ini.
Setelah puas meneroka ke alam sains, kami berehat dengan menunaikan solat Zohor pada pukul 1.30, kemudian diikuti dengan makan tengahari . Selepas itu, kami bergerak ke Garden of Nature (Taman Rama-rama) yang terletak dibawah Pusat Sains Negara, pelbagai spesies rama-rama yang terdapat di sana. Sungguh cantik dan menarik. Pada pukul 2:30 petang murid-murid dibenarkan mandi di Science Wonderland. Terdapat kolam mandi yang besar dan taman rekreasi untuk mereka beriadah. Murid-murid sangat seronok mandi-manda. 


THE GARDEN OF NATURE





SCIENCE WONDERLAND

Memandangkan waktu lawatan hampir tamat, kami pun bersurai sekitar 3:30 petang. Pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi kami kerana banyak bahan yang didapati yang boleh diimplementasikan dalam P&P seharian. Terima Kasih Pusat Sains Negara di atas kesudian menerima kedatangan kami.










5 comments:

Unknown said...

It is a good

Unknown said...

Very nice..it is a good����

Unknown said...


ㅡ댖 said...

ㅗㅕㅁ 초두ㅛㅕㅑㄴ내ㅗ뭉내ㅡㄷ

Anonymous said...

鸡你太美