6 April 2020

PROSES HIDUP TUMBUHAN TAHUN 5


CARA TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH


TONTON VIDEO INI



(1) Berduri
.
Durinya yang tajam akan melukakan haiwan yang cuba untuk memakannya.

Contoh:
Pokok bunga ros
Pokok kaktus

(2) Berbulu halus
.
Bulu halus menyebabkan kegatalan pada musuh.

Contoh:
Buluh
Tebu
.
(3) Bergetah
.
Getah yang melekit akan menghindarkan haiwan daripada memakannya.

Contoh:
Pokok keladi
Buah nangka
.
(4) Beracun
.
Racun menyebabkan musuhnya sakit atau mati apabila memakannya.

Contoh:
Buah pong-pong
Pokok cendawan
.
(5) Mengeluarkan bau
.
Mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan untuk menghindarkan haiwan daripada memakannya.

Contoh:
Rafflesia
Daun tembakau



18 March 2020

TOPIK TAHUN 5: PROSES HIDUP HAIWAN


Surah Al-Jaathiyah(45): ayat 4
"Dan kejadian pada diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya".

(A) CIRI DAN TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI

CIRI KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

(1) Mempunyai duri yang tajam

.
Video: Landak melindungi diri daripada musuh dengan duri tajamnya

Video: Ikan buntal melindungi diri daripada musuh dengan duri tajamnya

(2) Mempunyai cangkerang keras


Video: Kura-kura  melindungi diri daripada musuh dengan cangkerang kerasnya

(3) Mempunyai sisik keras



Video: Buaya  melindungi diri daripada musuh dengan sisik kerasnya

Video: Tenggiling melindungi diri daripada musuh dengan sisik kerasnya

(4) Bertanduk


Video: Kerbau melindungi diri daripada musuh dengan tanduknya
.
(5) Berbisa
.

TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

(1) Menggulungkan diri


(2) Menyamar

Video: Sesumpah bertukar warna

(3) Memutuskan anggota badan


(4) Memasukkan anggota badan ke dalam cangkerang 


(5) Hidup dalam kumpulan.  


Terdapat juga beberapa ciri khas yang lain seperti :

(1) Berkuku tajam


(2) Mengeluarkan bau busuk


(3) Mempunyai mata palsu


(4) Memancutkan dakwat hitam


CIRI DAN TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA CUACA MELAMPAU

Sesetengah haiwan hidup di habitat yang mempunyai cuaca yang melampau, sama ada sangat panas atau sangat sejuk.

CUACA TERLALU SEJUK
Bahagian kutub bumi merupakan kawasan yang paling sejuk. Haiwan-haiwan yang tinggal di sana mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk iaitu:

(1) Mempunyai bulu yang tebal
- Bulu yang tebal berfungsi untuk memerangkap udara bagi mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran.

(2) Berhibernasi
- Berhibernasi adalah tidur yang panjang pada musim sejuk supaya haiwan kurang aktif dan mengurangkan rasa lapar.


(3) Mempunyai lapisan lemak tebal
- Lapisan lemak tebal berfungsi sebagai penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk.


(4) Bermigrasi 
- Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan seperti burung layang-layang akan berpindah ke kawasan yang lebih panas. Tabiat ini dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca terlalu sejuk di kawasan asal mereka. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan bermigrasi. Dengan bermigrasi, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.


CUACA TERLALU PANAS
Cuaca melampau boleh menjejaskan aktiviti haiwan. Dalam cuaca panas pula, masalah utama yang dihadapi oleh haiwan ialah kehilangan banyak air. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri dan tingkah laku khas bagi melindungi diri daripada cuaca panas iaitu:

(1) Berbonggol
- Unta mempunyai bonggol pada belakangnya untuk menyimpan makanan dan air bagi membolehkannya hidup di gurun yang sangat panas dan kering. 


(2) Berendam dalam lumpur
- Haiwan berendam dalam lumpur untuk menyejukkan badannya ketika cuaca panas. 


(3) Mempunyai telinga yang panjang
- Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah.
                                                     


(B)  KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN

Kemandirian spesies ialah keupayaan haiwan untuk mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.   

Untuk mengekalkan spesiesnya, haiwan akan:
> Melahirkan anak
> Bertelur

CARA HAIWAN BERTELUR MEMASTIKAN KEMANDIRIAN SPESIESNYA

(1) Menyembunyikan telur
Membuat jerumun, sembunyi telur di tempat tersorok atau di dalam tanah.




(2) Bertelur banyak
Haiwan bertelur banyak untuk memastikan lebih banyak anaknya dapat hidup.




(3) Telur berlendir
Lendir menyebabkan telurnya melekat di antara satu sama lain dan membentuk gumpalan yang besar dan licin, menyebabkan haiwan lain sukar memakannya.




(4) Mengeram telur
Haiwan mengeram untuk menetaskan telurnya.


(5) Menjaga telur       
Haiwan melingkari telurnya dan akan menyerang haiwan yang mendekatinya.




CARA HAIWAN MENJAGA ANAK MEMASTIKAN KEMANDIRIAN SPESIESNYA

(1) Menyusukan anak


(2) Memberi anak makan


(3) Membawa anak dalam kantung


(4) Bergerak dalam kumpulan


(5) Membawa anak dalam mulut


(6) Menyerang apabila diganggu                                                                                         

KEPENTINGAN KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN
1) memastikan spesiesnya terus kekal
2) mengelakkan kepupusan haiwan
3) memastikan keseimbangan ekosistem
4) penting sebagai sumber asas manusia
  

(C) HUBUNGAN MAKANAN ANTARA HIDUPAN

Video: Penerangan tentang rantai makanan dan siratan makanan

RANTAI MAKANAN
Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.

Contoh rantai makanan:



Anak panah ---> bermaksud “dimakan oleh”

MATAHARI
Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.

PENGELUAR
Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.

PENGGUNA
Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.

SIRATAN MAKANAN

Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat. Contoh habitat seperti kolam, sawah padi, dan hutan.

Contoh siratan makanan:


Video: Kepentingan siratan makanan dalam suatu habitat

16 March 2020

KOLEKSI VIDEO HAIWAN MEMAKAN TUMBUHAN ATAU HAIWAN LAIN


BELALANG MAKAN DAUN


IKAN MAKAN ALGA


JENTIK-JENTIK MAKAN ALGA


UDANG MAKAN ALGA


RAMA-RAMA MAKAN BUNGA


BURUNG PIPIT MAKAN PADI


BANGAU MAKAN IKAN


BANGAU MAKAN KATAK


BANGAU MAKAN UDANG


BURUNG MAKAN BELALANG


KATAK MAKAN BELALANG


KATAK MAKAN RAMA-RAMA


KATAK MAKAN NYAMUK


KATAK MAKAN KUMBANG


HELANG MAKAN BURUNG


HELANG MAKAN TIKUS


HELANG MAKAN ULAR



ULAR MAKAN KATAK


ULAR MAKAN TIKUS


ULAR MAKAN BURUNG


ULAR MAKAN RUSA


HARIMAU MAKAN MONYET


25 December 2019

Fungsi Ctrl

Fungsi CTRL = ConTRoL   (daripada A hingga Z)

CTRL + A = highlight / select all

CTRL + B = bold

CTRL + C = copy

CTRL + D = font

CTRL + E = center

CTRL + F = find and replace > find

CTRL + G = find and replace >go to

CTRL + H = find and replace >replace

CTRL + I = italic

CTRL + J = justify

CTRL + K = insert hyperlink

CTRL + L = left

CTRL + M = tab

CTRL + N = open new document

CTRL + O = open any file

CTRL + P = print

CTRL + Q = line space

CTRL + R = right

CTRL + S = save

CTRL + T = tab column

CTRL + U = underline

CTRL + V = paste

CTRL + W = close document

CTRL + X = cut

CTRL + Y = redo typing

CTRL + Z = undo typing


27 October 2016

PERTANDINGAN GRAFIK KREATIF DARJAH 1


KELAS 1 KHADIJAH











































KELAS 1 AISYAH






































KELAS 1 FATIMAH































KELAS 1 RUQAIYAH