6 February 2012

Cara Pergerakan Haiwan


Apabila kita melihat burung terbang di angkasa, kita tahu bahawa burung itu sedang terbang. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa cara pergerakan haiwan tersebut telah diceritakan terlebih dahulu oleh Allah dalam Al-Quran bahawa burung bergerak dengan cara terbang, bukan berjalan ataupun berlari. Begitu juga dengan kuda yang seringkali dilihat berlari pantas, sebelum ianya ditulis dalam ilmu sains Al-Quran terlebih dahulu telah menceritakan bahawa cara pergerakan kuda adalah dengan berlari. Kepelbagaian pergerakan haiwan ini menunjukkan Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa dalam setiap penciptaanNya.

Cara haiwan bergerak yang dijelaskan di dalam Al-Quran.

·         Berjalan

[Surah An-nur 24 : ayat 45]
45.  Dan Allah Telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, Maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

·         Terbang – contoh haiwan : burung

[Surah Al-An’am, 6 : ayat 38]
38.  Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, Kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.

          [Surah An-Nahl , 16 : ayat 79]
79.  Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman.

          [Surah Al-Mulk, 67 : ayat 19]
19.  Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya dia Maha melihat segala sesuatu.

·         Berlari – contoh haiwan : kuda, keldai

 [Surah Al-A’diyat, 100 : ayat 1]
1.  Demi kuda perang yang berlari kencang dengan 
terengah-engah,

[Surah Sad, 38 : ayat 31]
31.  (Ingatlah) ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu sore,

         [Al-Mudtdatsir, 74 : ayat 50]
         50.  Seakan-akan mereka itu keldai liar yang lari terkejut,
 

No comments:

Post a Comment