Pada 16 Mei 2013, Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Seramai 56 orang guru Sekolah Rendah telah diraikan bersama-sama dengan para pelajar. Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk semua guru2 dengan diiringi paluan kompang oleh para pelajar Kelab Kompang.
Barisan Muallim-Muallim |
Barisan Muallimah-Muallimah |
Majlis dipengerusikan oleh Muallim Abdullah Bin Samsudin.
Bacaan doa pembuka majlis diketuai oleh Muallim Ahmad 'Afiq.
Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh guru-guru sekolah.
Ucapan Hari Guru oleh Ketua Murid Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Adik Afif Lutfi.
Wajah-wajah ceria Muallim dan Muallimah yang diraikan.
Anak-anak murid yang memenuhi dewan musolla sepanjang majlis berlangsung.
Majlis yang serba ringkas ini diserikan juga dengan beberapa persembahan, antaranya:
Persembahan nasyid oleh kumpulan Aulad. |
Deklamasi sajak oleh Banat. |
Nyanyian oleh kumpulan Muallim. |
Deklamasi sajak oleh Muallim Muhammad Saman Bin Esa. |
Nyanyian lagu oleh kumpuan Banat 3 Khadijah |
Choral Speaking |
Selain itu, turut disampaikan beberapa anugerah kepada guru-guru:
1) Guru Paling Tegas
2) Guru Paling Penyayang
3) Guru Paling Sporting
4) Guru Paling Baik Hati
5) Guru Paling Berseri-seri
6) Guru Paling Ceria
7) Guru Paling Kreatif
8) Guru Paling Rajin
9) Guru Paling Segak
10) Guru Paling Disayangi
Selepas selesai majlis sambutan Hari Guru di Musolla Al-Amin, murid-murid bersama dengan guru kelas mengadakan sesi jamuan pula di dalam kelas masing2.
No comments:
Post a Comment