Pendahuluan
Pada 28 September 2013, Panitia Sains Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi
telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia,
Serdang. Seramai 60 orang murid dan 5 orang guru pengiring terlibat
dalam rombongan tersebut.
Tempat : 1) Ladang Lembu Tenusu UPM
2) Ladang Penghasilan Kulat (Cendawan) UPM
3) Bukit Ekspo.
2) Ladang Penghasilan Kulat (Cendawan) UPM
3) Bukit Ekspo.
Peserta : Murid tahun 3
Masa : 7.30 a.m- 3.00 pm
Guru Pengiring : 1) Muallimah Afzan
2) Muallimah Alina
3) Muallimah Zalikha
4) Muallimah
Khairiah
5) Muallim
Asrul-Azmi
Objektif
a) Untuk mendedahkan para pelajar tentang proses penghasilan susu lembu.
b) Mendedahkan kepada pelajar proses penghasilan kulat untuk
dimakan dalam skala yang besar.
c) Meningkatkan kemahiran saintifik dan keusahawanan di
kalangan murid
d) Menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam kehidupan
Peserta bertolak pada pukul 7.30
pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke Ladang Lembu itu
pada pukul 8.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang veterinar
dan pegawai ladang, Encik Hakim bersama dengan beberapa pelajar ijazah bidang sains pertanian UPM. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang ladang tersebut disampaikan oleh
salah seorang pegawai tersebut.
Selamat Datang ke Universiti Putra Malaysia |
Sesi taklimat oleh Encik Hakim, Pegawai Veterinar |
Ketika
melawat ladang lembu, murid-murid diberi penerangan berkenaan apa yang dibuat
di ladang ini. Aktiviti utama di ladang ini adalah aktiviti pemerahan susu.
Murid-murid berkesempatan melihat bagaimana susu lembu diperah. Murid-murid
juga diberi peluang untuk merasai pengalaman memberi susu botol kepada anak
lembu yang baru lahir.
Alat Pemerahan Susu |
Hasil Pemerahan Susu |
Proses Pemerahan Susu |
Murid cuba menyusukan anak lembu yang baru lahir.
Aktiviti seterusnya adalah di Unit Cendawan, yang terletak di bahagian pertanian. Murid diberi pendedahan mengenai cara penanaman cendawan dengan cara komersil.
Taklimat proses penghasilan kulat(cendawan) oleh Encik Shamsuha
Melawat tapak semaian
Aktiviti yang terakhir sebelum pulang, murid-murid bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia(UPM).
Murid bersama siswi UPM
Pegawai-pegawai yang banyak membantu Puan Suria, En.Shamsuha, En. Azhar dari UPM
Guru pengiring bersama siswa siswi yang membantu
Terima Kasih !
Lawatan
ini telah berjaya mencapai objektifnya. Lawatan secara berterusan ke tempat
sebegini bukan sekadar mendedahkan maklumat kepada murid namun ia juga sebagai
jambatan yang menghubungkan institusi pengajian tinggi dengan sekolah.
macam mana nak contact dengan pihak upm pasal lawatan ke taman pertanian mereka?
ReplyDelete