"Dan kejadian pada diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya".
(A) CIRI DAN TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI
CIRI KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH
(1) Mempunyai duri yang tajam
.
Video: Landak melindungi diri daripada musuh dengan duri tajamnya
Video: Kura-kura melindungi diri daripada musuh dengan cangkerang kerasnya
(3) Mempunyai sisik keras
Video: Buaya melindungi diri daripada musuh dengan sisik kerasnya
Video: Tenggiling melindungi diri daripada musuh dengan sisik kerasnya
(4) Bertanduk
Video: Kerbau melindungi diri daripada musuh dengan tanduknya
(5) Berbisa
.
TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI
DARIPADA MUSUH
(1) Menggulungkan diri
Video: Sesumpah bertukar warna
(3) Memutuskan anggota badan
(4) Memasukkan anggota badan ke dalam cangkerang
(5) Hidup dalam kumpulan.
Terdapat juga beberapa ciri khas yang lain seperti :
(1) Berkuku tajam
(2) Mengeluarkan bau busuk
(3) Mempunyai mata palsu
(4) Memancutkan dakwat hitam
CIRI DAN TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI
DIRI DARIPADA CUACA MELAMPAU
Sesetengah haiwan hidup di habitat yang mempunyai cuaca
yang melampau, sama ada sangat panas atau sangat sejuk.
CUACA TERLALU SEJUK
Bahagian kutub bumi merupakan kawasan yang paling sejuk. Haiwan-haiwan yang
tinggal di sana mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas untuk melindungi diri
daripada cuaca sejuk iaitu:
(1) Mempunyai bulu yang tebal
- Bulu yang tebal berfungsi untuk memerangkap udara bagi
mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran.
(2) Berhibernasi
- Berhibernasi adalah tidur yang panjang pada musim sejuk
supaya haiwan kurang aktif dan mengurangkan rasa lapar.
(3) Mempunyai lapisan lemak tebal
- Lapisan lemak tebal berfungsi sebagai penebat haba
untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk.
(4) Bermigrasi
- Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan seperti
burung layang-layang akan berpindah ke kawasan yang lebih panas. Tabiat ini
dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca terlalu sejuk di kawasan asal
mereka. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga
menyebabkan haiwan bermigrasi. Dengan bermigrasi, mereka tidak akan mati
kelaparan atau kesejukan.
CUACA TERLALU PANAS
Cuaca melampau boleh menjejaskan aktiviti haiwan. Dalam
cuaca panas pula, masalah utama yang dihadapi oleh haiwan ialah kehilangan
banyak air. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri dan tingkah laku khas bagi
melindungi diri daripada cuaca panas iaitu:
(1) Berbonggol
- Unta mempunyai bonggol pada belakangnya untuk menyimpan
makanan dan air bagi membolehkannya hidup di gurun yang sangat panas dan
kering.
(2) Berendam dalam lumpur
- Haiwan berendam dalam lumpur untuk menyejukkan badannya
ketika cuaca panas.
(3) Mempunyai telinga yang panjang
- Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan
dengan mudah.
(B) KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN
Kemandirian spesies ialah keupayaan haiwan untuk
mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.
Untuk mengekalkan spesiesnya, haiwan akan:
> Melahirkan anak
> Bertelur
CARA HAIWAN BERTELUR MEMASTIKAN KEMANDIRIAN SPESIESNYA
(1) Menyembunyikan telur
Membuat jerumun, sembunyi telur di tempat tersorok atau
di dalam tanah.
(2) Bertelur banyak
Haiwan bertelur banyak untuk memastikan lebih banyak
anaknya dapat hidup.
(3) Telur berlendir
Lendir menyebabkan telurnya melekat di antara satu sama
lain dan membentuk gumpalan yang besar dan licin, menyebabkan haiwan lain sukar
memakannya.
(4) Mengeram telur
Haiwan mengeram untuk menetaskan telurnya.
(5) Menjaga
telur
Haiwan melingkari telurnya dan akan menyerang haiwan yang
mendekatinya.
CARA HAIWAN MENJAGA ANAK MEMASTIKAN KEMANDIRIAN
SPESIESNYA
(1) Menyusukan anak
(2) Memberi anak makan
(3) Membawa anak dalam kantung
(4) Bergerak dalam kumpulan
(5) Membawa anak dalam mulut
(6) Menyerang apabila diganggu
KEPENTINGAN KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN
1) memastikan spesiesnya terus kekal
2) mengelakkan kepupusan haiwan
3) memastikan keseimbangan ekosistem
4) penting sebagai sumber asas manusia
(C) HUBUNGAN MAKANAN ANTARA HIDUPAN
RANTAI MAKANAN
Rantai makanan ialah hubungan makanan antara
hidupan.
Contoh rantai makanan:
Anak panah ---> bermaksud “dimakan oleh”
MATAHARI
Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan
cahaya matahari kepada tumbuhan.
PENGELUAR
Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana
tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
PENGGUNA
Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain
dikenali pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak
lain.
SIRATAN MAKANAN
Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai
makanan dalam suatu habitat. Contoh habitat seperti kolam, sawah padi, dan hutan.
Contoh siratan makanan:
Video: Kepentingan siratan makanan dalam suatu habitat
No comments:
Post a Comment