2 March 2012

Tabiat pemakanan ikan

Tabiat pemakanan ikan air tawar
Tabiat semulajadi pemakanan ikan dapat dikelaskan kepada 4 kategori utama iaitu:
  • Herbivor - kap rumput, lampam
  • Karnivor - haruan, baung
  • Omnivor - keli,tilapia,patin
  • Pemakan detritus - puyu, rohu
(sumber: http://arc.com.my/info/pmi.html)


Tabiat pemakanan ikan hiasan

Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

a. Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.