31 October 2013

Pameran Tunas Saintis

 Aktiviti sempena Minggu Sains 2013

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia mengikuti perkembangan blog kami terutama sepanjang Minggu Sains yang sedang berlangsung pada 28-31 Oktober 2013. Setelah melalui pelbagai aktiviti menarik sebelum ini, maka pada 31 Oktober 2013 tibalah hari kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar mahupun guru-guru iaitu Hari Pameran Sains, di mana warga Al-Amin bakal disajikan dengan pelbagai pameran projek sains menarik daripada saintis-saintis cilik Al-Amin.

Program yang dinamakan sebagai Pameran Tunas Saintis ini dimulakan dengan majlis perasmian daripada YDP PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Dr Mohd Fadzil Bin Mohd Siam. Majlis berlangsung di kantin lama sekolah rendah dengan dihadiri oleh Guru Besar, guru-guru Sains dan juga murid-murid Tahap 2 yang terlibat dengan pameran. 






Selepas selesai majlis perasmian, Dr Fadzil dengan diringi oleh Guru Besar dan juga Ketua Panitia Sains bersama-sama melawat ke kawasan pameran. Pelbagai gaya dan aksi dapat dilihat apabila semua peserta pameran bersungguh-sungguh mempersembahkan hasil projek kumpulan masing-masing di hadapan tetamu yang hadir. Aktiviti pameran sebegini secara tidak langsung dapat melatih kemahiran komunikasi murid-murid dalam meyampaikan maklumat dan bersoal jawab berkaitan projek kumpulan masing-masing kepada pengunjung yang hadir ke booth mereka.















Setelah selesai sesi lawatan perasmi ke setiap booth pameran, tetamu dijamu dengan minum pagi, manakala murid-murid Tahap 1 pula mula memenuhi kawasan pameran bagi melihat projek-projek sains yang dipamerkan.








Murid-murid Tahap 1 begitu teruja untuk melawat ke setiap booth pameran bagi menjawab soalan kuiz dan mendapatkan hadiah daripada peserta pameran.



Peserta-peserta Pameran Tunas Saintis bergambar bersama 
projek sains masing-masing.

(TAHUN 6)

Miss Unique
The F.A.N.I.A. Generation
iScience
Hasana Team
4'S (Scientist Group)
The Scientist E5
Apple Siri
The Amazing Scientist
World Top Scientist
The M.E.M.A.L. Scientist
Al-Einstein Hawking Junior
Little Einstein
Ibnu Sina Generation
The Wanted Scientist
Fantastic Scientist

(TAHUN 5)

New Technology Girls
K-Scientist Teens
Scientific Muslimah
Pro-Scientist
Ukhuwwah Scientist
Smart Scientist
Little Muslimah Scientist
Magic Science
The Genius of Mad
One Direction
Oblvion Galaxy
Saintis Cool


(TAHUN 4)