Aktiviti Tahap 1 sempena Minggu Sains 2013
Projek "Terarium-akua" ini merupakan salah satu aktiviti di bawah topik Penyerapan yang diambil daripada buku teks Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Projek ini dilaksanakan oleh semua murid Tahun 3. Antara objektif yang ingin diterapkan dalam aktiviti ini adalah untuk menggalakkan murid-murid merekacipta objek yang diperbuat daripada bahan terbuang di sekeliling mereka contohnya seperti botol plastik. Di samping dapat menerapkan nilai kerjasama dalam merancang & membina idea bersama teman-teman dalam kumpulan masing-masing, aktiviti ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat buat murid-murid Tahun 3 sebelum mereka menjalankan projek sains yang lebih hebat lagi setelah memasuki Tahap 2 nanti pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment