Aktiviti sempena Minggu Sains 2013
Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid tentang salah satu bidang sains yang kurang dikenali di kalangan para pelajar iaitu bidang meteorologi atau kajicuaca. Di samping bidang-bidang sains yang lain, bidang meteorologi juga merupakan satu bidang yang penting untuk diceburi kerana melalui kajian meteorologi inilah ahli sains boleh meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanian, perkapalan, penerbangan dan pembinaan.
Pelbagai slot menarik telah disediakan oleh pihak Jabatan Meteorologi untuk murid-murid dan guru-guru yang hadir ke tapak pameran. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar pameran berlangsung.
>>> Gambaran sekitar tapak pameran yang dipenuhi dengan kunjungan murid-murid dan guru-guru.
>>> Pelbagai info menarik berkaitan bidang meteorologi disediakan untuk para pengunjung yang hadir ke tapak pameran dalam bentuk carta dan juga pamplet.
>>> Sesi penerangan tentang belon meteorologi yang digunakan di jabatan meteorologi untuk mengkaji lapisan ozon.
>>> Sesi penerangan tentang alat meteorologi yang dinamakan perakam matahari. Alat ini digunakan untuk menyukat tempoh sinaran matahari cerah.
>>> Aktiviti menjawab soalan kuiz turut disediakan oleh pihak jabatan meteorologi untuk murid-murid yang hadir.
>>> Sesi tayangan video berkaitan tsunami.
>>> Slot "Science Show".
>>> Sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama kakitangan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia yang sudi hadir ke Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi untuk berkongsi ilmu berkaitan bidang kaji cuaca bersama warga Al-Amin seterusnya memeriahkan lagi perjalanan aktiviti sepanjang Minggu Sains di sekolah kami. Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang pameran tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh warga Al-Amin yang hadir. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment