18 May 2013

Panitia Sains memenangi Anugerah Panitia Cemerlang 2012

Pada 17 Mei 2013 yang lalu, satu sambutan bagi meraikan semua guru dan kakitangan Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah diadakan bertempat di Bangi Golf Resort. Majlis Malam Anugerah Sri Al-Amin Bangi ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Shafie Ngah (ADUN Bangi). Dikongsikan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung. 







Pada malam tersebut, 
PANITIA SAINS SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI 
telah memenangi 
ANUGERAH PENGURUSAN PANITIA CEMERLANG
bagi sesi 2012. 

Ketua Panitia Sains 2012 = Mlmh Alina Hazwani 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada team Sains 
tahun 2012:
> Mlmh Shazmi Idris
> Mlmh Alawiyah Jusoh
> Mlmh Alina Hazwani Wahiddin
> Mlmh Nor Afzan Nor Ozman
> Mlmh Zalikha Abdullah
Semoga Panitia Sains terus mencipta kecemerlangan & kegemilangan untuk tahun-tahun seterusnya. Ameen.

17 May 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains

Assalammualaikum wrbt...

Alhamdulillah murid-murid tahap 2 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah dijemput oleh Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengadakan lawatan ke Petrosains , KLCC. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 Mei 2013 (Ahad)
Masa : 9 :00 pagi hingga 5 :30 petang
Tempat Lawatan : Petrosains , KLCC
Bilangan Murid : 42 orang
Yuran : RM 50
Keperluan : Pengangkutan dan makanan disediakan
Guru Pengiring : Muallimah Afzan, Muallimah Bima, Muallimah Alina dan pelajar-pelajar USIM


Tujuan program anjuran bersama USIM ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini, disamping dapat melahirkan murid yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sains. 














Pelbagai aktiviti dijalankan dan murid-murid bersifat ingin tahu meneroka ke alam sains yang menyeronokkan














16 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 16 Mei 2013, Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Seramai 56 orang guru Sekolah Rendah telah diraikan bersama-sama dengan para pelajar. Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk semua guru2 dengan diiringi paluan kompang oleh para pelajar Kelab Kompang. 

Barisan Muallim-Muallim

Barisan Muallimah-Muallimah





Majlis dipengerusikan oleh Muallim Abdullah Bin Samsudin.


Bacaan doa pembuka majlis diketuai oleh Muallim Ahmad 'Afiq.


Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh guru-guru sekolah.



Ucapan Hari Guru oleh Ketua Murid Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Adik Afif Lutfi.


Wajah-wajah ceria Muallim dan Muallimah yang diraikan.



Anak-anak murid yang memenuhi dewan musolla sepanjang majlis berlangsung.




Majlis yang serba ringkas ini diserikan juga dengan beberapa persembahan, antaranya:

Persembahan nasyid oleh kumpulan Aulad.
Deklamasi sajak oleh Banat.
Nyanyian oleh kumpulan Muallim.
Deklamasi sajak oleh Muallim Muhammad Saman Bin Esa.
Nyanyian lagu oleh kumpuan Banat 3 Khadijah
Choral Speaking 

Selain itu, turut disampaikan beberapa anugerah kepada guru-guru:
1) Guru Paling Tegas
2) Guru Paling Penyayang
3) Guru Paling Sporting
4) Guru Paling Baik Hati
5) Guru Paling Berseri-seri
6) Guru Paling Ceria
7) Guru Paling Kreatif
8) Guru Paling Rajin
9) Guru Paling Segak
10) Guru Paling Disayangi



Selepas selesai majlis sambutan Hari Guru di Musolla Al-Amin, murid-murid bersama dengan guru kelas mengadakan sesi jamuan pula di dalam kelas masing2.