4 October 2013

Lawatan ke Taman Pertanian Universiti, UPM

Pendahuluan
Pada 28 September 2013, Panitia Sains Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Seramai 60 orang murid dan 5 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

Tempat                : 1) Ladang Lembu Tenusu UPM
                             2) Ladang Penghasilan Kulat (Cendawan) UPM
                             3) Bukit Ekspo.
Peserta                : Murid tahun 3
Masa                   : 7.30 a.m- 3.00 pm
Guru Pengiring     : 1) Muallimah Afzan
                             2) Muallimah Alina
                             3) Muallimah Zalikha
                             4) Muallimah Khairiah
                             5) Muallim Asrul-Azmi

Objektif

a) Untuk mendedahkan para pelajar tentang proses penghasilan susu lembu.
b) Mendedahkan kepada pelajar proses penghasilan kulat untuk dimakan dalam skala yang besar.
c) Meningkatkan kemahiran saintifik dan keusahawanan di kalangan murid
d) Menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam kehidupan 

Peserta bertolak pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke Ladang Lembu itu pada pukul 8.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang veterinar dan pegawai ladang, Encik Hakim bersama dengan beberapa pelajar ijazah bidang sains pertanian UPM. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang ladang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai tersebut.
                                                     
    Selamat Datang ke Universiti Putra Malaysia
                              
Sesi taklimat oleh Encik Hakim, Pegawai Veterinar

Ketika melawat ladang lembu, murid-murid diberi penerangan berkenaan apa yang dibuat di ladang ini. Aktiviti utama di ladang ini adalah aktiviti pemerahan susu. Murid-murid berkesempatan melihat bagaimana susu lembu diperah. Murid-murid juga diberi peluang untuk merasai pengalaman memberi susu botol kepada anak lembu yang baru lahir.

                                        
Alat Pemerahan Susu
Hasil Pemerahan Susu
Proses Pemerahan Susu

Murid cuba menyusukan anak lembu yang baru lahir.



Aktiviti seterusnya adalah di Unit Cendawan, yang terletak di bahagian pertanian. Murid diberi pendedahan mengenai cara penanaman cendawan dengan cara komersil.


Taklimat proses penghasilan kulat(cendawan) oleh Encik Shamsuha


Melawat tapak semaian

Aktiviti yang terakhir sebelum pulang, murid-murid bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia(UPM).


Murid bersama siswi UPM




Pegawai-pegawai yang banyak membantu Puan Suria, En.Shamsuha, En. Azhar dari UPM


Guru pengiring bersama siswa siswi yang membantu
Terima Kasih !

Lawatan ini telah berjaya mencapai objektifnya. Lawatan secara berterusan ke tempat sebegini bukan sekadar mendedahkan maklumat kepada murid namun ia juga sebagai jambatan yang menghubungkan institusi pengajian tinggi dengan sekolah.


1 comment:

Anonymous said...

macam mana nak contact dengan pihak upm pasal lawatan ke taman pertanian mereka?