Tahukah anda bahawa haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dapat dibezakan berdasarkan struktur gigi mereka? Untuk mengetahui jawapannya, jom kita tonton video berjudul "Carnivores, Herbivores and Omnivores" ini.
Struktur Gigi Haiwan Herbivor
Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham
yang lebar dan rata. Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring.
Mereka menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum
menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan ke
atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan buah-buahan.
Struktur Gigi Haiwan Karnivor
Haiwan karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan
tajam. Gigi taringnya panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya
juga tajam, bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor
sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang haiwan
karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor tidak memerlukan
gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan makanannya.
Struktur Gigi Haiwan Omnivor
Haiwan omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata.
Gigi taring yang pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan
omnivor juga akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor,
rahang omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah.
Sumber: http://powchoo.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment