14 April 2013

Hari Fernaria 3 di UKM Bangi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pada Hari Sabtu, 13 April 2013 yang lalu seramai 19 orang murid (9 aulad 10 banat) Tahun 3 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah mengikuti program Hari Fernaria 3 anjuran bersama Taman Paku Pakis UKM, Hutan Simpan Kekal UKM & Kelab Rakan Taman UKM. Lawatan diiringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Muallimah Zalikha Binti Abdullah dan juga Muallimah Siti Farhana Hidayah Bt Mohd. Nazri.

Program yg bertemakan “Mengilham Alam dan Sains” ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan generasi muda kepada kepelbagaian alam sekitar, flora dan fauna serta memupuk minat terhadap bidang sains dengan kaedah yang lebih santai. Sebanyak 4 buah sekolah yang terlibat dalam program tersebut iaitu 2 buah Sekolah Rendah : SK Putrajaya Presint 9 & Sek Ren Sri Al-Amin Bangi, dan 2 buah Sekolah Menengah: Sek Men Sri Al-Amin Bangi & SM Putrajaya Presint 14. Walaubagaimanapun, aktiviti diasingkan mengikut Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.

Berikut adalah perkongsian gambar2 sekitar lawatan kami ke UKM bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada Hari Sabtu yg lalu.

>>> Murid-murid yang sabar menanti kedatangan bas yang disediakan oleh pihak UKM. 



>>> Sesi pendaftaran peserta. 


>>> Minum pagi, mengisi perut sebelum aktiviti bermula.





>>> Sesi taklimat bersama semua peserta Sekolah Rendah & Sekolah Menengah



>>> Murid Sekolah Rendah diasingkan di satu tempat untuk taklimat aktiviti seterusnya.



>>> Tempat pertama yang dilawati adalah Muzium Zoologi Fakulti Sains & Teknologi UKM





>>> Gambaran dalam Muzium Zoologi.









 


>>> Muka anak2 yang ceria dan teruja di dalam muzium.







>>> Selepas melawat Muzium Zoologi, murid2 dibawa pula ke Taman Paku Pakis UKM. Peserta dipisahkan kepada 6 kumpulan & bergerak mengikut fasilitator masing2.















>>>  Selesai berjalan2 di sekitar Taman Paku Pakis, murid2 seterusnya mengikuti aktiviti “Fern Colouring. Peserta dibahagikan kepada 3 kategori lukisan yang berlainan & anak2 murid Al-Amin berada dalam kategori C kesemuanya.









 
  












>>> Selesai mewarna, murid2 daripada kedua2 Sekolah Rendah dikumpulkan semula untuk bermain Pop Kuiz. Dua buah sekolah berentap menjawab pelbagai soalan Sains yang diberikan & Sek Ren Sri Al-Amin mendapat tempat kedua dalam permainan tersebut dengan kalah tipis 2 mata. Apa pun tahniah diucapkan. 


>>> Aktiviti pada sebelah petang sesi “Love Talk Nature”.







>>> Sesi penyampaian hadiah & sijil.

Pemenang Pertandingan Mewarna Kategori C :
- Nur Najwa Syafiqah (3 Khadijah)
- Iman Hani (3 Fatimah)
- Sharifah Iman (3 Fatimah)
- Amal Bt Hakim (3 Khadijah)




Pertandingan Pop Kuiz Sekolah Rendah - mendapat tempat kedua



>>> Program selesai lebih kurang jam 5.00 petang dan kami bergambar kenangan bersama semua peserta, guru pengiring & pihak penganjur program.



>>> Gambar2 ceria di dalam bas sebelum bertolak pulang ke sekolah selepas selesai program.







>>> Wajah ceria & comel Johan Pertandingan Mewarna “Fern Colouring” Kategori C, adik NUR NAJWA SYAFIQAH.


                                            

TERIMA KASIH diucapkan kepada pihak penganjur kerana menjemput sekolah kami untuk terlibat dalam program yang bagus seperti ini. Program seperti ini memang sewajarnya diteruskan & dipermantapkan lagi pada masa akan datang kerana pengisian program bukan sekadar menarik minat murid ke arah Sains tetapi juga ianya secara tidak langsung merupakan satu kaedah belajar secara santai di luar sekolah yang dapat membantu proses pemahaman murid dalam silibus yang mereka telah pelajari di sekolah. Semoga segala ilmu yg bermanfaat yg murid2 perolehi sepanjang lawatan ini dapat dikongsi bersama rakan2 mereka yg lain setelah kembali ke sekolah. InsyaAllah.

3 comments:

Unknown said...

terima kasih juga diucapkan ke atas kerjasama cikgu dan SRI Al-Amin di atas kesudian menghadiri program FernaRia III ini.

Kami memohon maaf atas kelewatan surat jemputan dan kekurangan dalam program ini. Semoga anak-anak dan pelajar yang menyertai FernaRia III beroleh manfaat dan bersemangat untuk menceburi sains dan menghargai alam.

terima kasih!

panitia sains said...

Semangat mereka semakin membara2 untuk belajar sains En Arrabe setelah mengikuti program. Kalau ada lagi program berkait dengan Sains (terutama berkait dgn tumbuhan/haiwan), pelawalah lagi kami untuk turut serta ye. =)

PROF MADYA DR NORAINI TALIP said...

Salam..saya juga sebagai Wakil Taman Paku Pakis UKM ingin mengucapkan setinggi2 tahniah dan jazakaulloh kepada mualimah pengiring dan pelajar Al-Amin Bangi yang telah membantu kami menjayakan Program Hari Fernaria III TPPUKM Bersama HSKUKM. Semoga aktiviti tersebut akan menjadi ibadah dan amal jariah perkongsian ilmu sehingga generasi seterusnya. Al-Amin Best! .

Cheers from Prof. Madya Dr Noraini Talip