Aktiviti sempena Minggu Sains 2013
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia mengikuti perkembangan
blog kami terutama sepanjang Minggu Sains yang sedang berlangsung pada 28-31
Oktober 2013. Setelah melalui pelbagai aktiviti menarik sebelum ini, maka pada
31 Oktober 2013 tibalah hari kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar
mahupun guru-guru iaitu Hari Pameran Sains, di mana warga Al-Amin bakal
disajikan dengan pelbagai pameran projek sains menarik daripada saintis-saintis cilik
Al-Amin.
Program yang dinamakan sebagai Pameran Tunas Saintis ini
dimulakan dengan majlis perasmian daripada YDP PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi,
Dr Mohd Fadzil Bin Mohd Siam. Majlis berlangsung di kantin lama sekolah rendah
dengan dihadiri oleh Guru Besar, guru-guru Sains dan juga murid-murid Tahap 2 yang terlibat dengan pameran.
Selepas selesai majlis perasmian, Dr Fadzil dengan diringi oleh Guru Besar dan juga Ketua Panitia Sains bersama-sama melawat ke kawasan pameran. Pelbagai gaya dan aksi dapat dilihat apabila semua peserta pameran bersungguh-sungguh mempersembahkan hasil projek kumpulan masing-masing di hadapan tetamu yang hadir. Aktiviti pameran sebegini secara tidak langsung dapat melatih kemahiran komunikasi murid-murid dalam meyampaikan maklumat dan bersoal jawab berkaitan projek kumpulan masing-masing kepada pengunjung yang hadir ke booth mereka.
Setelah selesai sesi lawatan perasmi ke setiap booth pameran, tetamu dijamu dengan minum pagi, manakala murid-murid Tahap 1 pula mula memenuhi kawasan pameran bagi melihat projek-projek sains yang dipamerkan.
Murid-murid Tahap 1 begitu teruja untuk melawat ke setiap booth pameran bagi menjawab soalan kuiz dan mendapatkan hadiah daripada peserta pameran.
Peserta-peserta Pameran Tunas Saintis bergambar bersama
projek sains masing-masing.
(TAHUN 6)
 |
| Miss Unique |
 |
| The F.A.N.I.A. Generation |
 |
| iScience |
 |
| Hasana Team |
 |
| 4'S (Scientist Group) |
 |
| The Scientist E5 |
 |
| Apple Siri |
 |
| The Amazing Scientist |
 |
| World Top Scientist |
 |
| The M.E.M.A.L. Scientist |
 |
| Al-Einstein Hawking Junior |
 |
| Little Einstein |
 |
| Ibnu Sina Generation |
 |
| The Wanted Scientist |
 |
| Fantastic Scientist |
(TAHUN 5)
 |
| New Technology Girls |
 |
| K-Scientist Teens |
 |
| Scientific Muslimah |
 |
| Pro-Scientist |
 |
| Ukhuwwah Scientist |
 |
| Smart Scientist |
 |
| Little Muslimah Scientist |
 |
| Magic Science |
 |
| The Genius of Mad |
 |
| One Direction |
 |
| Oblvion Galaxy |
 |
| Saintis Cool |
(TAHUN 4)